Kejayaan dalam forex trading adalah bukan bila kita dapat grow account dari modal kecil jadi beribu-ribu percent.

Kejayaan betul dalam bidang ini adalah bila kita dapat withdraw profit secara konsisten dengan modal yang tepat, sesuai dengan gaya hidup kita.

Ia adalah sebuah tools untuk manage our money portfolio.

Dan kita kena pastikan, dalam portfolio forex trading kita, withdraw kita melebihi deposit.

Cuma kita tak boleh tengok melalui one month window atau three month window. Sebab trading ni pun long term process, long term journey.

Everything takes time. Its a continuous learning process.

Apa kita boleh buat ialah, tetapkan matlamat kita dalam bidang ni mungkin in 5 years window, adakah kita dapat membuat untung mengatasi rugi?

Jika berjaya untung mengatasi rugi, forex trading ialah tools terbaik untuk manage money portfolio kita. Kita sudah berjaya pilih instrument berisiko yang tepat dengan gaya hidup kita.

Jika tidak, bidang financial markets ini luas dan mempunyai banyak lagi instrument lain. Semua datang dengan risk tersendiri, dan potensi tersendiri.

Tetapi instrument manakah yang sesuai dapat membantu kita mencapai target kewangan yang kita inginkan? Tepuk dada tanya selera.

Kredit : FB Moshed Mohamad

Please follow and like us:

Leave a Reply