Untuk berjaya kita kena lalui semua proses yang ada. Semua proses itu tersangatlah consume masa dan emosi.

Sementara orang lain masuk ke game ini hanya impikan reward yang menanti pada penghujung kejayaan, kita perlu masuk ke dalam game ini dengan mindset yang betul. Iaitu ingin rasa dan lalui semua proses yang ada.

Kita faham tiada kejayaan tanpa proses yang sukar. Kita faham semua ini akan drain kita punya emosi dan memberi kita tekanan yang kita tak pernah lalui sebelum ini.

Ramai yang akan berpatah balik selepas mereka sedar yang suatu kejayaan itu perlu melalui sebuah proses yang amat sukar.

Tiada cara lain untuk dapat lalui semua proses ini melainkan dengan mempunyai mindset yang betul.

Hanya dengan mindset yang betul memberikan kita satu daya tahan bertahun-tahun kerana kita sedar semua kesusahan ini akan berlalu dengan masa, dan ada sebuah kejayaan besar disebaliknya.

Its all about the mindset. Just love the process, to win this game!

Kredit : Fb Moshed Mohammad

Please follow and like us:

Leave a Reply