Jutawan Forex Malaysia

Dalam journey menjadi seorang trader berjaya, anda ada banyak pilihan. Anda nak cari cara mudah dengan follow signal, follow trading orang, ikut teknik harapan hentam buy sell main agak-agak saja.

Dan dalam perjalanan tu ramai yang akan membuang masa bila manager trade tu kelaut, teknik harapan tak menjadi sebab hentam je, signal trading semua kena stop loss tapi promoter signal still untung.

Ataupun anda nak hustle, invest masa, belajar betul-betul. Bentuk karier, portfolio trading sendiri. Kaji pasaran, tengok segenap sudut. Fundamental. Teknikal. Sentimen. Sentiasa baca INTRADAY setiap hari. Jadi seorang real trader yang ada ilmu.

Selepas beberapa tahun, semua akan terbahagi kepada 3 golongan.

1 golongan yang cari jalan mudah, rasa buang masa dan mula menyesal. Baru rasa nak mula belajar betul-betul bila dah burned banyak duit.

1 golongan lagi rasa belajar ni semua susah, tak sesuai dengan jiwa, jadi terus ‘chow’ dari dunia trading. Pergi buat benda lain. Berniaga ke dan sebagainya.

1 lagi golongan, lepas beberapa tahun dah dapat rentak trading. Profit consistent. Ada ilmu untuk kembangkan modal dari saving atau income bisnes lebih daripada normal investment vehicle yang ada sekarang.

Golongan last ini akan enjoy masa dan hidup lepas dapat gunakan ilmu ini untuk capai financial freedom yang dah lama mereka inginkan.

Anda boleh pilih sendiri jalan mana anda nak lalu. Semua ini realiti. Masa yang akan tentukan. Terpulang.

Kredit : Fb Moshed Mohamad

Please follow and like us:

Leave a Reply