Jutawan Forex Malaysia

Geng. Semua yang kita usahakan hari ini tak akan berikan kita kejayaan sekelip mata.

Kita kena faham kejayaan perlukan sebuah proses.

Kadangkala mungkin kita tak dapat relate proses yang kita jalani dalam hidup ni, tambah pula bila kita judge diri setiap hari.

Kita nak outcome setiap hari.

Kita mungkin gagal dalam proses kecil yang nampak macam tidak membawa kita kemana-mana tetapi sebenarnya kita semakin dekat dengan kejayaan sebenar.

Kadang-kadang kita rasa, jauh sangat ni menyimpang dari jalan untuk berjaya sebab kita hanya fokus kepada result kejayaan yang besar.

Sedangkan kita lupa banyak perkara yang kita belajar dari setiap kegagalan kecil.

Sampai suatu masa kita akan faham, proses itulah yang akan menjadikan kita layak mengecapi kejayaan besar yang kita pernah impikan suatu masa lalu.

Kredit : FB Moshed Mohamad

Please follow and like us:

Leave a Reply