Sebenarnya yang mana lagi ramai, trader yang melakukan long term trade ke short term trade? Semua mesti ada alasan masing2 kenapa trade swing ke, intraday ke atau scalp kan.

Dan takda satu bukti yang menunjukkan trade short term lebih menguntungkan atau pun sebaliknya. Ianya bergantung dengan kekerapan keuntungan seseorang trader dapat lakukan.

Jom untuk hari ni kita akan berbincang lebih ke arah short term trading.

Scalping adalah satu strategi yang digunakan dalam trading untuk mendapatkan keuntungan hasil dari pergerakan harga yang sedikit (anggaran dari 10 ke 15 pips ke bawah).

Scalper biasanya akan melakukan trade yang banyak dalam sehari (antara 10 position ke 100 atau lebih position). Mereka juga masuk dan keluar dari market dalam masa yang agak singkat (beberapa minit).

Dari segi setup, mereka sentiasa mencari peluang keuntungan diantara perbezaan harga yang sikit, tak perlu setup yang teruk2. Mereka dikira sebagai trader yang cepat dan tepat. .

Mereka juga biasanya menggandakan keuntungan dengan menaikkan nilai lot yang digunakan. Kebiasaannya scalper memerlukan leverage yang lebih besar untuk membuat entry dengan lebih banyak dan kerap. Entry pula, samada fokus di dalam satu pair atau pun banyak pair. Boleh jadi entry martingle atau tidak.

Keuntungan dalam sehari pun bukan semua position akan profit tetapi yang penting keseluruhan jumlah harian adalah profit..

Ramai juga yang beranggapan Day Trader sama macam scalper. Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara dari segi mind set dan disiplinnya.

Sebagai intraday trader, mereka hanya menunggu peluang untuk entry bagi setup yang dijangka pergerakannya pada hari itu. Biasanya dengan satu position sudah cukup bagi mencapai daily targetnya.

Mereka tidak mempunyai position yang banyak dalam sehari. Mereka akan fokus kepada pair2 yang menepati setup harian mereka. .Setup mereka lebih kepada set & forget di mana harga untung dan rugi telah di lock awal2.

Setupnya akan bersambung dari hari ke hari menunggu adanya potential entry pada tersebut.

Dalam sehari, mereke akan fokus untuk mendapatkan setup yang terbaik dan cuba untuk hold sehingga targetnya. Lebih relax dan santai.

Persamaan bagi kedua2 strategi antara Scalping dan Day Trading adalah dua2 merupakan short term trading. Target bagi kedua2nya adalah untuk mendapatkan keuntungan seharian dalam trading.

Maknanya dalam sehari tu ada target berapa patut dapat.

Kredit Facebook Faiz Ismail ( Forex Trader )

Please follow and like us:

Leave a Reply