*Copytrade* adalah sistem salinan dagangan (jual beli matawang) dari akaun dagangan profesional trader/fund manager dengan akaun dagangan anda.

Setiap transaksi dagangan iaitu beli atau jual sebarang pasangan matawang yang dilakukan dari akaun dagangan trader akan disalin ke akaun anda. Sekiranya berlaku untung di akaun trader yang diikuti, anda juga untung dan begitu juga sebaliknya.

©️Anda tak punyai ilmu trading(dagangan) atau masih belajar?

©️Anda tak pandai baca graf?

©️Anda tak pandai buat analisa teknikal dan fundamental?

©️Anda tak pandai interpret berita semasa pasaran?

TIADA MASALAH! Hanya ikut copytrade, anda masih dapt menjana pendapatan melalui platform trading/ dagangan.

*Tips memilih copytrade yang baik*

Perkara paling penting adalah menilai prestasi Trader / Fund Manager pilihan yang ingin diikuti.

Dapatkn link prestasi mereka dari 3rd party web seperti yang popular seperti MyFXBook. Di My FXBook sila lihat beberapa perkara ini;

1. Drawdown : Drawdown ni sgt penting disini kita boleh tahu besar mana risiko yg akan ditanggung akaun kita kelak. Saya akan follow copytrade tu kalau drawdownnya di bawah 20%. Lebih rendah, lebih bagus.

2. Berapa lama akaun pengurus dana mereka sudah beroperasi. Kalau kurang dari setahun korang cuba elakkan dari join. Dalam setahun ada 4 quarter. Setiap quarters struktur market adalah berbeza. Kalau pengurus dana mereka boleh maintain buat profit dalam 4 quarter, bermakna mereka boleh bertahan lebih lama dalam market.

3. Profit bulanan : Saya sikit pon tak teruja kalau mereka tunjuk mereka boleh buat profit sehingga 50% 100% sebulan. Tapi lepas 3 bulan loss smpi 50% dr modal. Biar profit sikit 5% pon tak apa, tapi boleh maintain withdraw profit tiap bulan.

4. Risk Reward Ratio : Korang boleh tgk RRR ni di bahagian history. Setengah pengurus dana privatekan bahagian ni tapi ada pengurus dana yg public kan aje. Caranya korang perhatikan “Stop Loss/Cut loss” dgn “Take Profit”. Jika RRR nya 1:2 dikira terbaik. Macam mana nak tau dia guna 1:2? Korang tgk dia pnya dia history, contoh kalau order dia hit SL 10 pip dia pnya profit mesti 20 pip. (10 pip SL : 20 pip TP). Ini terbaik dan boleh cover loss dgn cepat. Tapi kebanyakkan pengurus dana copytrade yg sya jmpa dorang guna ada yang smpi RRR 5:1. Dorang letak stop loss 50 pip tapi Take profit 10 pip saje. Sebab dorang takut client nmpk akaun dorang slalu kna stop loss dan client takut nak join. Biasanya bila gna RRR begini 3 4 bulan nampk profit je. (Time ni la drg show kat korang dorang pnya profit bagi korang teruja..hahaha). Cara begini memang jarang kena stop loss, tapi bila skali kna stop loss hilang separuh modal bro. Nak cover blk berbulan2. Berbulan2 la client tak dpt withdraw. Lebih sadis MC terus!

Harap tips diatas dapat membantu sedikit sebanyak membantu anda memilih trader/ fund manager yang baik untuk diikut/ disalin.

Disclaimer : Copytrade bukan skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan yang pasti. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti trade/ dagangan dimana setiap transaksi dapt dilihat jelas dari akaun trading/ dagangan anda sendiri sama ada MT4/MT5. 

Terima kasih.

Kredit : copytradeemam

Please follow and like us:
Tweet 20

Leave a Reply