Bila kita usahakan sesuatu nak majukan diri sendiri, nak tingkatkan taraf hidup kita, nak berjaya capai apa yang kita nak, sentiasa ada “something” yang menahan kita dari semua itu.

That thing is YOU! Diri sendiri!

Kita selalu salahkan dunia ini, dan impikan yang dunia ini berikan yang terbaik untuk diri kita, tetapi adakah kita pernah berikan yang terbaik untuk diri kita sendiri?

Apakah kita pernah cabar diri kita untuk usaha lebih dari apa yang kita sedang buat sekarang?

Kenapa kita hanya usaha 50% dari apa yang kita mampu?

Kenapa kita tak hustle24hours, push 100% potensi yang kita ada?

Kita perlu lihat depan cermin dan tanya diri sendiri, whats wrong with YOU?!Adakah tahap ini saja kita mampu lakukan?

Mana semua cita-cita dan impian yang kita masa dulu?

Setiap hari jika kita sedar, kita hanya bersaing dengan diri sendiri.

Kita sendiri yang perlu bangun awal pagi setiap hari, ada disiplin, maksimumkan setiap saat untuk consistent kerja keras setiap hari, kerana itu sahaja jalan kejayaan!

Tak ada coach, tak ada mentor, tak ada boss yang boleh lakukan untuk diri kita, melainkan diri sendiri.

Tiada alasan untuk kita tidak menjadi versi tebaik diri kita sendiri!

It’s always, YOU VS YOU everyday!

kredit : Moshed Mohamad

Please follow and like us:

Leave a Reply