Bagi pendapat saya, hold floating loss yang dah lebih dari kemampuan account adalah tidak bagus dan membakar duit kita dengan sia-sia.

Trading adalah flexible, anda boleh trade mengikut cara anda sendiri tetapi anda kena ingat, trader yang bagus adalah trader yang mengikut SOP dan kira akan berapa banyak yang dia sanggup loss untuk setup tu..

Bagi saya profit adalah perkara nombor 2 dalam trading.

Kita kena fikir Risk Management (RM) dahulu kerana kita kena limitkan loss kita supaya tidak stress dan emosi dalam trading.

Jika anda setkan Stop Loss (SL) di setiap position anda, anda akan tenang dan tidak risau kerana di level itu anda dah kira berapa yang anda sanggup loss..

Kebanyakkan trader gagal kerana tidak boleh control emosi dalam trading dan terpedaya dengan tipu helah pergerakan price.

Bila setup dah sepatutnya SL, selalunya trader akan guna teknik harapan dengan berharap price reverse dan akan memberinya profit, dan akhirnya account itu melingkup.

Jika Cut Loss awal-awal anda masih ada peluang untuk recover dengan next setup..

Seperti pengalaman yang saya pernah lalui adalah, saya tidak cutloss dan berharap untuk price buat satu reversal dan akhirnya saya menaggung loss yang banyak dan perkara ini boleh membuatkan mental dan emosi kita kacau.

So apabila dah sampai satu level untuk cutloss, jangan pernah ragu untuk cutloss supaya account anda selamat.

Kredit Trader Faiz Ismail

Please follow and like us:

Leave a Reply