Jutawan Forex Malaysia Moshed Mohamad

Hidup ini bukan video game. Ramai orang layan hidup ini seperti video game.

Mereka hidup dengan nekad untuk habiskan banyak level demi level, dan setiap hari tak sabar untuk capai level seterusnya dan berharap semua level seperti dalam game cepat habis.

Jadi apa tujuan kita hidup jika kita mahu ia cepat berakhir?

Kita bukan hidup untuk habiskan satu level satu level, dan nak naik ke level yang lain.

Kita bukan hidup untuk cepat habiskan sesuatu ‘task’, untuk cepat sesuatu berakhir.

Kita hidup untuk menikmati perjalanan ini.Kita perlu bersyukur, kerana sampai saat ini kita masih hidup.

Destinasi yang kita sentiasa inginkan, tidak akan memberikan sebuah kegembiraan, jika kita tidak gembira, tidak enjoy, tidak rasa bermakna sepanjang perjalanan kita mencapai destinasi itu.

Kita perlu belajar untuk menikmati hidup ini, belajar untuk gembira sepanjang perjalanan ini.

Mungkin ada sesuatu yang kita dah lama nak buat, tapi kita sentiasa tunggu, kononnya nanti dah setel itu ini baru kita nak buat.

Berhenti tunggu destinasi yang tidak pernah sampai. Sesuatu akan sentiasa berbangkit. Dan semakin kita tunggu, semakin kita terlepas banyak hal dalam kehidupan ini.

Semoga tahun 2021 ini menjadi lebih bermakna buat kita semua.

Kredit FB : Moshed Mohamad

Please follow and like us:

Leave a Reply